Berita Tentang ThyssenKrupp Access

StairWalker akan diuji secara eksklusif di pameran Rehacare 2012

2 Oktober 2012 | Selepas kejayaan pelancaran StairWalker di Jerman dan di Netherlands, tidak berapa lama lagi para pelanggan seluruh dunia akan menikmati faedah bantuan pergerakan menaiki tangga secara selamat dan mudah yang paling menakjubkan di dunia. Pelancaran produk ini di anak-anak syarikat Eropah yang selebihnya dijadualkan akan berlangsung pada tahun 2013. Produk ini boleh diuji dahulu secara eksklusif semasa Pesta Perdagangan Dan Kongres Rehacare di Düsseldorf, Jerman. Semasa acara ini, ThyssenKrupp Encasa akan memaparkan penyelesaiannya yang bijak dari 10 hingga 13 Oktober.

+read more

Access menjadi Access Solutions — barisan produk yang dipertingkatkan

1 Oktober 2012 | Mulai 1 Oktober 2012, unit kendalian Access menampilkan diri dengan struktur organisasi yang baru dan portfolio produk yang diperingkatkan. Hasil penggabungan dengan Jambatan Pembawa Penumpang Menaiki Pesawat ThyssenKrupp, kini unit kendalian Access ditukarkan namanya kepada “Access Solutions”. Ini bermakna bahawa barisan produk unit kendalian yang baru ini akan ditambahkan dengan jambatan pembawa penumpang menaiki pesawat dan perkhidmatan untuk lapangan terbang, yang diringkaskan sebagai Sistem Lapangan Terbang.

+read more

IdeasPark berakhir dengan mencatatkan kunjungan tertinggi yang baru

30 Ogos 2012 | Bilangan pengunjung yang tertinggi ke pameran IdeasPark di Essen: selama 13 hari berlangsungnya pameran tersebut, seramai 320,000 pengunjung datang ke Messe/Grugapark Essen, memecahkan rekod sebelumnya, iaitu 290,000 orang yang melawat IdeasPark di Stuttgart empat tahun dahulu. “Kami mengimbau kembali dua minggu yang menakjubkan”, kata Dr. Heinrich Hiesinger, Ketua Pegawai Eksekutif ThyssenKrupp AG. Ini juga melibatkan ThyssenKrupp Access selaku satu daripada 200 rakan niaga yang turut serta.

+read more