Sejarah

Sejarah penubuhan ThyssenKrupp Access Solutions mempunyai pelbagai susur galur sejarah. Setiap satu daripadanya pernah menjadi peneraju pasaran kebangsaan masing-masing. Pada hari ini, pengetahuan dan semangat keusahawanan syarikat-syarikat ini disatukan ke dalam ThyssenKrupp Access Solutions, menjadikannya satu syarikat yang berdaya saing dunia dengan berlatarbelakangkan Kumpulan ThyssenKrupp yang mempunyai kepakaran selama 200 tahun.

 

1811
Lahirnya ThyssenKrupp AG: Pada 20 November 1811, Friedrich Krupp (dan dua rakan kongsi) membina sebuah kilang untuk membuat keluli tuangan Inggeris dan produk-produk yang diperbuat daripada keluli tersebut.

1865
Berita kejayaan syarikat Jerman ThyssenKrupp Treppenlifte (pada hari ini: ThyssenKrupp Encasa) bermula di sini.

1891
August Thyssen dan adiknya, Joseph, memiliki semua saham lombong batu arang Gewerkschaft Deutscher Kaiser. Pada 17 Disember 1891, keluli yang pertama dihasilkan di kilang keluli Gewerkschaft Deutscher Kaiser yang baru di Hamborn, Jerman.

1947
ThyssenKrupp Access Corp. bermula sebagai syarikat American Stair-Glide pada tahun 1947 di tingkat bawah tanah rumah seorang usahawan Amerika di Kansas City, yang menghasilkan lif kerusi Stair-Glide®.

1953
Syarikat Belanda yang dinamakan "de Reus" diasaskan. Empat tahun kemudian, syarikat ini mengeluarkan lif kerusi ‘ Chairlift’ buatannya yang pertama.

1976
ThyssenKrupp Monolift AS ditubuhkan di Norway. Syarikat ini bermula di sini sebagai sebahagian daripada syarikat persendirian yang mengimport lif untuk OKU – Orang Kurang Upaya

1979
Ceteco ditubuhkan di Pisa, Itali. Pada permulaan cerita kejayaan Ceteco, bidang pengkhususan syarikat ini ialah lif pelantar ‘Platform Lift “dan lif kerusi “Chairlift’

1988
Unit Perniagaan ThyssenKrupp Elevator mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Netherlands dan meluaskan barisan pengeluarannya dan program jualannya (OKU – Orang Kurang Upaya

1989
Access Industries Inc. memulakan perniagaannya di United Kingdom.

1991
Sejak dari mula, Lift Able Limited adalah pakar bidang lif kerusi lurus ‘ Straight Chairifts’ di United Kingdom.

1994
ThyssenKrupp Accesibilidad (pada hari ini: ThyssenKrupp Encasa S.L.) memulakan perniagaan di Sepanyol dengan memperkenalkan pengetahuan dan produk bantuan pergerakan melalui arkitek dan melancarkannya ke dalam pasaran lif kerusi ‘Chairlift’ kediaman peribadi.

1996
Ceteco menjadi pembuat lif pelantar ‘Platform Lift’ dan lif kediaman Home Lift’ yang penting di Itali. Di samping itu, lif pelantar Platform Lift’ yang baru, sama ada yang bertiang logam ataupun tidak, direka untuk mengatasi halangan di kawasan kediaman dan tempat-tempat awam, di dalam ataupun di luar bangunan.

1999
ThyssenKrupp Access Corp. (USA) sedang mengambil tempat sebagai peneraju sedunia dalam bidang produk kemudahan pengangkutan.

1999
Pada 17 Mac 1999, ThyssenKrupp AG di Jerman telah disenarai ke dalam Daftar Komersial selepas penggabungan antara Thyssen Stahl AG dengan Krupp Stahl AG.

2000
Syarikat dari Belanda Thyssen de Reus bermula dengan cerita kejayaan lif kerusi melengkung ‘Curved chairlift’ yang diberi nama "Flow".

2003
Thyssen de Reus berpecah kepada tiga syarikat terkhusus: ThyssenKrupp Monoliften (produk kemudahan pengangkutan, pada hari ini: ThyssenKrupp Encasa BV), ThyssenKrupp Accessibility (pengilangan lif kerusi) dan ThyssenKrupp Liften ( Pejabat Operasi produk lif dan eskalator).

2005
ThyssenKrupp Access Corp. mempunyai 12 buah cawangan di sekitar Amerika Syarikat.

2005
Dari tahun 1995, ThyssenKrupp Monolift AS (pada hari ini: ThyssenKrupp Monoloft AS) adalah sebahagian daripada ThyssenKrupp Aufzüge Norge AS, dan sebelum itu, adalah sebahagian daripada syarikat milik persendirian yang mengimport lif untuk OKU - orang kurang upaya pada tahun 1976. Kini, syarikat ini adalah peneraju utama pasaran Norway.

2005
Ceteco menjadi ThyssenKrupp Ceteco (pada hari ini: ThyssenKrupp Encasa S.r.l.) dan dilantik sebagai Pusat Kompeten Lif Pelantar “Platform lift’ di Itali. ORION dan GULLIVER menjadi produk paling laris jualannya ketika itu.

2006
ThyssenKrupp Acessibilidades, Lda. (pada hari ini: ThyssenKrupp Encasa S.A.) mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran Kemudahan Pengangkutan di Portugal.

2006
ThyssenKrupp Accessibility BV (Netherlands) memperkenalkan lif kerusi ‘Chairlift’ iaitu Flow2, yang menjadi antara lif kerusi melengkung yang paling unggul sehingga ke hari ini.

2007
ThyssenKrupp Access China, Ltd. mula mengilang dan memasarkan Lif Kediaman di China dan di Asia Pasifik.

2008
Lift Able (United Kingdom) menjadi sebahagian daripada Kumpulan ThyssenKrupp Access. Pada hari ini, ThyssenKrupp Encasa Ltd. salah satu rakan profesional bagi pihak berkuasa tempatan dan menyediakan lif kerusi lurus ‘ Straight Chairlift’ khususnya.

2008
ThyssenKrupp Access Corp. (USA) memperoleh syarikat National Wheel-O-Vator Company di Roanoke, Illinois. Gabungan tenaga antara kedua-dua syarikat ini memberi pembina dan pengguna lebih banyak pilihan untuk menepati keperluan mereka dari segi bantuan Kemudahan Pengangkutan di rumah.

2011
ThyssenKrupp Access memperkenalkan siri Lif Kediaman HE 6 dan HE 7 yang terkini di Eropah, yang menghasilkan suasana keselesaan dan gaya hidup baru di rumah. Lif-lif kediaman ini menjadi tanda aras di dalam industri Lif Kediaman disebabkan bahan buatannya yang bertaraf tinggi, gayanya yang tersendiri dan teknologi pemacu lembut.

2011
ThyssenKrupp Access memperkenalkan StairWalker yang revolusioner. Peralatan teknikal yang unik di seluruh dunia ini membantu pergerakan turun naik tangga. ThyssenKrupp Access ialah syarikat yang pertama dan satu-satunya syarikat yang menyahut cabaran dalam bidang penyelidikan dan penghasilan kemudahan pengangkutan untuk tangga dan membantu manusia berada dalam keadaan yang cergas dan berdikari.

2012
ThyssenKrupp Access telah bertukar nama kepada ThyssenKrupp Access Solutions disebabkan perluasan portfolio produknya yang kini merangkumi kemudahan pengakutan untuk penumpang ‘Passenger Boarding Bridges’menaiki pesawat, lif kerusi, StairWalker, Lif Kediaman dan lif perkhidmatan untuk turbin angin.