Dasar Privasi ThyssenKrupp Access

Dasar Privasi
ThyssenKrupp Access komited terhadap usaha melindungi privasi dalam talian pengunjung ke laman webnya. Kami percaya bahawa perlindungan privasi yang lebih baik semasa berada didalam talian tidak sahaja melindungi pengguna, tetapi juga menambahkan keyakinan pengguna dan akhirnya meningkatkan penyertaan mereka dalam aktiviti dalam talian.

Tujuan dasar kami adalah untuk memaklumkan kepada anda jenis-jenis maklumat yang kami kumpul mengenai anda apabila anda mengunjungi laman web kami, cara kami mungkin akan menggunakan maklumat tersebut, sama ada kami mendedahkannya kepada orang lain, pilihan anda mengenai cara kami menggunakan maklumat tersebut dan hak anda membetulkannya. Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Laman Web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Laman Web ini mempunyai pautan ke laman -laman web yang lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Laman Web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Laman Web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat
Kami mungkin meminta anda memberi kami maklumat peribadi anda secara sukarela, termasuk alamat e-mel, alamat pos, nombor telefon rumah atau tempat kerja dan nombor kad kredit (hanya jika anda membeli produk dalam talian) anda, untuk tujuan surat-menyurat, pembelian atau mengambil bahagian dalam pertandingan, kaji selidik atau permainan dalam talian. Jika anda mengambil keputusan untuk memberi kami maklumat peribadi melalui Internet yang kami perlukan atau yang mungkin diperlukan oleh rakan niaga kami, misalnya untuk berhubung dengan anda, untuk memproses pesanan atau untuk memberi anda langganan, kami akan memberitahu anda cara kami akan menggunakan maklumat tersebut. Sama seperti laman web komersial yang lain, laman web kami mungkin menggunakan suatu teknologi lazim bergelar kuki untuk mengumpul maklumat tentang cara laman web kami digunakan.

Kuki direka untuk membantu laman web mengenali pelayar seseorang pengguna sebagai pengunjung yang lepas dan menyimpan serta mengingati pilihan yang mungkin telah ditetapkan semasa pengguna itu melayari laman web tersebut sebelum itu. Kuki kami tidak boleh memperoleh data - data lain daripada cakera keras anda mahupun menjangkiti komputer anda dengan virus. Laman web kami mungkin menggunakan cookie untuk mengistimewakan kunjungan anda. Kuki boleh menyimpan kata laluan pengguna dengan selamat, menyesuaikan laman web mengikut kehendak khusus, mengenal pasti bahagian laman web yang dikunjungi atau menjejaki pilihan yang dibuat, seperti kandungan “bakul beli-belah.” Kuki kami mungkin memperolehi nama domain (contohnya, aol.com atau netcom.com) dan menjejaki laluan melalui halaman web kami. Kami hanya menggunakan cookie untuk mengutip maklumat yang dinyatakan di dalam dasar ini dan tidak menggunakannya untuk mengutip maklumat peribadi yang boleh mengenal pasti diri anda (seperti nama anda) tanpa kebenaran anda.

Kami mungkin memerlukan anda memberi kami maklumat peribadi (maklumat demografi seperti umur, pendapatan, pendidikan, data tentang penduduk, poskod) semasa proses pendaftaran dalam talian sebelum anda menggunakan ciri-ciri yang tertentu pada laman web kami. Kami menggunakan maklumat am ini dalam bentuk statistik untuk memahami demografi laman web kami, umpamanya peratus pengguna lelaki dan perempuan, lokasi geografi, lingkungan umur ataupun kombinasi maklumat ini atau maklumat demografi yang lain. Seperti yang diperincikan di bawah ini, kami tidak akan memberikan maklumat yang khusus mengenai anda kepada pengiklan atau pihak-pihak ketiga tanpa kebenaran anda.

Penggunaan Maklumat Tentang Pengguna
Kami mungkin menjalankan analisis statistik tentang tingkah laku pengguna secara gabungan (kumpulan). Ini membolehkan kami mengukur minat pengguna secara relatif terhadap setiap bahagian laman web kami untuk tujuan membangunkan produk. Maklumat yang kami kutip digunakan untuk tujuan dalaman kami sendiri, iaitu untuk menambahbaikkan kandungan laman web, untuk memberi kelainan kepada pengalaman pengguna apabila mengunjungi laman web kami, untuk menyesuaikan kandungan dan/atau susun atur halaman kami, dan untuk memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh setiap pengguna. Kami tidak menggunakan maklumat peribadi yang dapat mengenal pasti diri anda untuk tujuan yang tidak didedahkan sama ada di dalam Dasar ini ataupun pada waktu maklumat diminta. Selain jawapan automatik ke alamat e-mel yang kami terima, kami tidak berniat menghantar e-mel kepada anda kecuali anda memohon sesuatu perkhidmatan atau jika anda membenarkan kami menghubungi anda melalui e-mel. Mungkin ada beberapa keadaan yang memberi anda peluang untuk melanggan senarai e-mel yang akan menghantar maklumat mengenai laman web ini atau mengenai pengiklan kami ke alamat e-mel anda tetapi setelah menghantar e-mel pertama untuk menilai minat anda, ini akan diteruskan hanya dengan kebenaran dan persetujuan anda.

Pendedahan Kepada Pihak Ketiga
Kami tidak memberikan maklumat peribadi yang dapat mengenal pasti diri anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda. Kami mendedahkan hasil analisis statistik atau maklumat demografi pengguna hanya dalam bentuk gabungan (kumpulan) sahaja kepada pihak ketiga seperti pengiklan atau rakan-rakan niaga yang lain. Maklumat gabungan ini tidak merangkumi nama atau alamat e-mel. Dalam sesetengah keadaan, kami mengendalikan laman web yang dikongsi dengan perniagaan yang bergabung dengan kami. Dasar Privasi kami terpakai kepada laman-laman web tersebut. HARAP MAKLUM bahawa jika anda dengan sukarelanya memberikan maklumat peribadi (seperti nama atau alamat e-mel anda) di dalam ruangan bual, pada papan kenyataan atau kepada pihak ketiga, maklumat tersebut mungkin dikutip oleh pihak-pihak lain di luar kawalan kami dan boleh menyebabkan anda menerima mesej yang tidak diundang daripada pihak lain.

Ketepatan Maklumat Tentang Pengguna
Kami mengalu-alukan sebarang pandangan atau soalan anda mengenai Dasar Privasi kami, ketepatan maklumat peribadi anda atau penggunaan maklumat yang diperolehi hendaklah dihantar melalui e-mel ke info.access@thyssenkrupp.com.

Kami juga boleh dihubungi di alamat surat –menyurat :
ThyssenKrupp Access Solutions GmbH
ThyssenKrupp Allee 1
45143 Essen Germany
Tel.: +49 (0) 201 8440
Faks.: +49 (0) 201 844 532046

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Keselamatan Maklumat
Kami ingin memastikan keselamatan maklumat peribadi yang diberikan oleh pengguna kami. Apabila mengumpul maklumat tentang kad kredit untuk tujuan pembelian dalam talian, kami menyediakan transaksi melalui pelayan yang dijamin selamat yang akan menyulitkan maklumat anda semasa dihantar untuk menggagalkan orang memintasnya dan menyalahgunakan maklumat tersebut. Kami juga menyimpan maklumat anda secara sulit dan rahsia. Prosedur dalaman kami merangkumi penyimpanan, akses dan pendedahan maklumat anda.

Pengecualian Diri
Ada kalanya, semasa menilai laman web kami, pengguna mungkin diberi pilihan mengecualikan diri daripada penggunaan maklumatnya dengan cara yang tertentu. Kami akan menawarkan pilihan ini jika perlu.

Kebenaran Penggunaan Bahan
Hak memuat turun dan menyimpan atau mengeluarkan bahan-bahan di dalam laman web kami diberikan hanya untuk kegunaan peribadi pengguna sahaja, dan bahan tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa bentuk suntingan. Pengeluaran semula, penghantaran, pelaksanaan, pemaparan atau penyuntingan cara lain bahan ini dengan apa jua kaedah, sama ada mekanikal ataupun elektronik, tanpa kebenaran bertulis yang nyata oleh ThyssenKrupp Access, dilarang sama sekali. Pengguna yang ingin mendapatkan kebenaran mencetak semula atau mengeluarkan semula bahan yang terdapat pada laman ini boleh menghubungi kami melalui alamat e-mel info.access@thyssenkrupp.com.