Syarat-syarat ThyssenKrupp Access

Penafian

I. Butir-butir tentang syarikat
ThyssenKrupp Access Solutions GmbH
ThyssenKrupp Allee 1
45143 Essen Germany
Tel.: +49 (0) 201 844-0
Faks: +49 (0) 201 844 532046

Executive Board
Dr. Peter Klaus Kirner, Ketua Pegawai Eksekutif
Gudrun Degenhart
Inge Delobelle
Alexander Pfurr

Pejabat berdaftar
Essen

Pendaftaran Komersial
Essen local court: HRB 19201
VAT ID
DE 814684343

Halaman ini menyediakan maklumat tentang ThyssenKrupp Access Solutions GmbH dan maklumat undang-undang tentang kami di Internet. Untuk mengemukakan soalan mengenai ThyssenKrupp Access Solutions GmbH atau idea mengenai struktur dan kandungan laman web ini, sila gunakan alamat yang berikut:

Giuseppe Nicosia
Tel. +49 (0) 201 844-0
Faks +49 (0) 201 844-532031
info.access@thyssenkrupp.com

II. Pernyataan perlindungan data
Terima kasih kerana mengunjungi laman web ThyssenKrupp Access Solutions GmbH dan kerana berminat mengetahui tentang syarikat dan produk kami. Kami mengambil serius keselamatan data peribadi anda dan kami mahu anda berasa selamat apabila mengunjungi laman web kami. Untuk memenuhi permintaan maklumat anda dengan tepat dan memaklumkan kepada anda tentang produk dan perkhidmatan kami, anda mungkin akan diminta memberikan data peribadi. Data ini dimasukkan secara sukarela sepenuhnya dan akan direkodkan, disimpan, diproses dan/atau digunakan mengikut peraturan perlindungan data yang dikenakan di negara pendaftaran pejabat yang bertanggungjawab memproses data tersebut. Data ini sudah tentunya akan dikendalikan secara sulit. Laman web ThyssenKrupp Access Solutions mungkin mengandungi pautan ke laman web pembekal-pembekal lain. Pernyataan perlindungan data ini tidak merangkumi laman-laman web itu.

ThyssenKrupp Access Solutions menggunakan kaedah pengawalan keselamatan teknikal dan organisasi untuk melindungi data anda yang kami uruskan daripada dimanipulasikan, hilang, musnah atau diakses oleh orang yang tidak dibenarkan, sama ada secara sengaja ataupun tidak. Langkah-langkah keselamatan kami ditingkatkan secara berterusan seiring dengan perkembangan teknologi.

Mengkaji dan memproses data peribadi
Dalam keadaan biasa, pelayan web kami akan menyimpan nama pembekal perkhidmatan Internet anda, alamat IP anda, laman web yang membawa anda ke laman web kami, halaman-halaman yang anda kunjungi serta tarikh dan tempoh kunjungan anda ke laman web kami. Selain itu, data peribadi hanya akan disimpan jika anda sendiri yang memberikannya, contohnya semasa mendaftar diri, memesan barang atau menjawab soal selidik.

Penggunaan dan penghantaran data peribadi serta penentuan awal
ThyssenKrupp Access Solutions menggunakan data peribadi anda yang diperolehi melalui penggunaan laman web menurut peraturan perlindungan data peribadi yang sah pada masa yang berkenaan. Penggunaan ini berkait dengan penggunaan data peribadi untuk tujuan pentadbiran teknikal laman web, pengurusan pelanggan dan pemasaran, dan terbatas kepada data yang perlu sahaja. Data peribadi juga direkodkan apabila anda sendiri yang memasukkannya ke dalam permohonan, soal selidik atau untuk sesuatu tujuan yang telah dinyatakan. Jika anda memesan produk, kami hanya akan menggunakan data peribadi anda di dalam lingkungan ThyssenKrupp Access Solutions GmbH dan syarikat-syarikat gabungannya dan kami tidak akan memberikannya kepada pihak ketiga tanpa keizinan anda Penghantaran data peribadi kepada institusi dan pihak berkuasa kerajaan hanya akan berlaku jika diwajibkan oleh undang-undang negara. Para pekerja dan agensi-agensi kami sudah menandatangani perjanjian maklumat rahsia dengan kami.

Kuki
ThyssenKrupp Access Solutions menggunakan kuki untuk menjejaki pilihan dan kesukaan pengunjung dan untuk mengoptimakan reka bentuk laman web. Kuki ialah fail kecil yang disimpan secara sementara (2 tahun) di dalam cakera keras pengguna. Kuki memudahkan pengemudian laman web dan menyenangkan penggunaannya. Kuki juga membantu kami mengenal pasti bahagian-bahagian yang popular di laman web kami. Dengan cara begini, kami dapat menyesuaikan kandungan laman Internet kami untuk memenuhi keperluan pengguna dengan sebaik-baiknya dan dengan itu, menambahbaikkan tawaran kami kepada anda. Kuki boleh digunakan untuk menentukan sama ada komputer anda sudah berkomunikasi dengan halaman kami. Kuki membolehkan komputer anda dikenali tetapi tidak membenarkan hubungan dijalinkan dengan seseorang. Sudah tentu, anda juga boleh melayari laman web kami tanpa kuki. Kebanyakan pelayar akan menerima kuki secara automatik. Anda boleh menghalang Kuki disimpan ke dalam cakera keras anda dengan memilih “Jangan terima kuki pada tetapan pelayar anda. Sila rujuk kepada arahan oleh pelayan internet anda untuk mendapatkan butir-butir mengenai tindakan kuki nya. Anda juga boleh membuang kuki "thyssenkrupp-access.com/thyssenkrupp-access-solutions.com" yang disimpan di dalam fail sistem anda pada bila-bila masa. Jika anda tidak menerima kuki, beberapa fungsi pada laman web kami mungkin terbatas.

Hak Akses
Atas permintaan anda, ThyssenKrupp Access Solutions GmbH akan memaklumkan kepada anda dengan secepat mungkin, secara bertulis dan mengikut undang-undang yang sah, sama ada kami menyimpan data peribadi anda dan jika ada, data yang ada di dalam rekod kami. Jika maklumat yang salah disimpan walaupun kami sudah berusaha memelihara maklumat yang tepat dan terkini, kami akan membetulkannya menurut permintaan anda. Pembatalan data maklumat pengguna akan disegerakan mengikut kehendak pengguna.

pernyataan perlindungan data ET-ACC
Dengan menggunakan laman web ini, anda menyetujui pernyataan perlindungan data yang diperuntukkan di dalam bahagian II dan menyatakan persetujuan anda untuk mematuhi syarat-syarat yang diterangkan. Jika anda tidak menyetujui syarat-syarat tersebut, janganlah guna laman web kami dan janganlah beri kami apa-apa data peribadi.

Jika anda ingin bertanya atau memberikan komen tentang cara kami melindungi data atau jika anda tidak membenarkan kami menggunakan data peribadi anda untuk tujuan penyelidikan pasaran atau tinjauan pendapat, sila hantarkan surat kepada pegawai perlindungan data ThyssenKrupp Access Solutions GmbH atau hantarkan e-mel kepada: datenschutzbeauftragter@thyssenkrupp.com

III. Syarat-syarat am bagi penggunaan laman web

Hak Cipta
Hak Cipta 2012 ThyssenKrupp Access Solutions GmbH. Hak cipta terpelihara. Kandungan, termasuklah semua gambar dan grafik, serta reka bentuk laman web ThyssenKrupp Access Solutions GmbH tertakluk kepada undang-undang hak cipta dan undang-undang lain yang mengawal perlindungan harta intelektual. Penyebaran atau pemindaan kandungan laman web ini dengan kaedah pembingkaian dan langkah-langkah seumpamanya tidak dibenarkan. Di samping itu, kandungan ini tidak boleh disalin, disebarkan, dipinda atau disediakan kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial.

Liabiliti
Maklumat yang disediakan untuk anda oleh ThyssenKrupp Access Solutions GmbH pada laman web ini telah disusun dengan amat teliti dan dikemaskinikan secara berterusan. Walau bagaimanapun, meskipun telah disemak dengan rapi, maklumat ini tidak dapat dijamin bebas daripada kesilapan. Oleh itu, ThyssenKrupp Access Solutions GmbH mengecualikan segala liabiliti dan jaminan berkenaan dengan ketepatan, kesempurnaan dan kekinian maklumat yang ada pada laman web ini. Ini khususnya dimaksudkan bagi laman-laman web yang dicapai melalui hiperpautan. Ini adalah laman web pihak ketiga dan kami tidak ada pengaruh terhadap kandungannya. ThyssenKrupp Access Holding GmbH dengan ini secara nyatanya mengecualikan liabiliti bagi kandungan laman-laman sedemikian. Selain itu, ThyssenKrupp Access Solutions GmbH tidak bertanggungjawab melindungi data penyedia laman web yang lain.

ThyssenKrupp Access Solutions GmbH berhak meminda atau menambahkan maklumat atau data yang ada pada bila-bila masa tanpa memberikan makluman terlebih dahulu. Pernyataan tinjau ke depan pada laman web kami didasarkan pada pendapat dan penilaian pihak pengurusan ThyssenKrupp Access Solutions dan oleh itu, tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian. ThyssenKrupp Access Solutions GmbH tidak memikul kewajipan mengemaskinikan pernyataan tinjau ke depan sedemikian. Liabiliti bagi pernyataan seperti itu dikecualikan secara nyata.

Cap dagang
Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua cap dagang yang digunakan pada laman web ThyssenKrupp Access Solutions GmbH dilindungi undang-undang cap dagang. Ini dimaksudkan terutamanya bagi logo, nama perniagaan dan tanda syarikat.

Undang-undang pelesenan / LESEN
ThyssenKrupp Access Solutions GmbH menonjolkan dirinya melalui laman web yang inovatif dan bermaklumat dan kami harap kami dapat memenuhi kehendak pengguna. Walau bagaimanapun, kami ingin menyatakan sebagai langkah berjaga-jaga bahawa harta intelektual yang terkandung di dalam laman ini, termasuk paten, cap dagang dan hak cipta, dilindungi oleh undang-undang. Selain itu, laman web ini bukan lesen untuk menggunakan harta intelektual seluruh unit kendalian Access. Penduaan, penyebaran, pengeluaran ulang, penghantaran dan penggunaan lain tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis oleh ThyssenKrupp Access Solutions GmbH.

Undang-undang yang berkenaan dan bidang kuasa

Penggunaan laman web ini dikawal secara eksklusif oleh undang-undang Republik Persekutuan Jerman, tanpa mengambil kira peruntukan undang-undang sivil antarabangsa. Dengan memasuki laman web ini, anda bersetuju untuk menurut undang-undang Jerman, bidang kuasa bagi pertikaian yang berpunca sama ada secara langsung ataupun tidak daripada laman web ini ialah Essen. Bagi segala perhubungan dengan laman web lain yang boleh dicapai melalui hiperpautan, undang-undang yang dinyatakan di dalam syarat-syarat laman web yang berkenaan terpakai secara eksklusif, tanpa mengira sama ada laman web tersebut dipunyai oleh ThyssenKrupp Access Solutions GmbH ataupun tidak. Dalam apa keadaan sekalipun, ThyssenKrupp Access Solutions GmbH tidak akan terdedah melalui ini kepada bidang kuasa yang lain ataupun kepada prosiding di luar Jerman.