Lif Kediaman

ThyssenKrupp Access Rise Home Elevator

HE 7

Lif kediaman ialah generasi baru lif yang khususnya direka bentuk untuk ruang persendirian. Lif kediaman menimbulkan suasana yang selesa dan tenteram: setiap perjalanannya menenangkan dan mudah kerana teknologi baru pemacu yang lembut.

TLif Kediaman Siri 7 yang baru ini melambangkan gaya tersendiri dan cara hidup yang moden. Inilah hasil seni reka bentuk istimewa yang disesuaikan mengikut pilihan tersendiri: Gaya Cool yang tulen menggabungkan unsur-unsur keluli tanpa karat, kaca dan kayu. Noble, bentuk klasik yang menggunakan kayu oak hitam dan walnut, mencerminkan keanggunan dan tradisi. Dinding kabin gaya Natural pula diperbuat daripada papan dan belebas yang dicat hitam. Di dalam kabin bergaya Romantic, corak bunga digabungkan dengan kayu gilap dan dihiasi kumai timbul. Reka bentuk kabin Opulent menghormati gaya tersendiri dengan bahan-bahan yang mewah dan eksklusif seperti kusyen bersarungkan kulit.

Ciri-cirinya

  • Teknologi tanpa gear
  • Reka bentuk kabin yang unggul
  • Tiang batu atau aluminium
  • Senyap
  • Lancar
  • Pintu gelangsur dan automatik
  • Pelbagai pilihan pengubahsuaian
  • Cekap menggunakan tenaga
  • Pelbagai saiz dan kemasan
Spesifikasinya
Motor: 230 V tiga fasa, 50/60 Hz
Bekalan kuasa: 230 ± 10% satu fasa, 50/60 Hz
Sehingga 6 tempat hentian dan 12 jenis perkhidmatan

Media Lif Kediaman

Galeri Imej Lif Kediaman