Perbandingan Produk

Membuat pilihan produk kemudahan pengangkutan yang sesuai untuk anda atau orang tersayang ada kalanya mencabar. Itulah sebabnya wakil-wakil ThyssenKrupp Access semuanya pakar yang berpengetahuan, terlatih untuk memahami keperluan dan keraguan pelanggan, mahir menyoal untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan, kemudian memadankannya dengan produk yang paling menepati gaya hidup dan belanjawan pelanggan yang berkenaan, di samping menyesuaikannya dengan gaya atau situasi yang tertentu.

Untuk membantu anda, berikut adalah suatu perbandingan ringkas antara tiga kategori produk utama kami, iaitu Lift Tangga ‘Stairlift’, Lif Pelantar ‘Platform Lift’ dan Lif Kediaman’Home Lift’, dengan ciri masing-masing dan bantuan yang akan diberikannya kepada anda.

Lif Tangga

Paling sesuai untuk:
Seseorang yang terbatas pergerakannya

Membantu anda:
turun naik tangga
sampai ke 1-2 aras lantai

Pemasangannya:
di dalam rumah yang sedia ada
mengambil masa beberapa jam sahaja

Kawalan:
Batang kemudi

Keupayaan:
••

Harga:

Lif Pelantar

Paling sesuai untuk:
Pengguna berkerusi roda

Membantu anda:
mengelakkan tangga/tanjakan
sampai ke 1-3 aras lantai

Pemasangannya
di dalam rumah dan bangunan awam yang sedia ada
mengambil masa sehari

Kawalan:
Pad kekunci, batang kemudi dan butang tekan

Keupayaan:
•••

Harga:
•••

Lif Kediaman

Paling sesuai untuk:
Segala masalah pergerakan atau untuk kemudahan di rumah

Membantu anda:
mengelakkan tangga
sampai ke berbilang aras lantai

Pemasangannya:
di dalam rumah yang baru ataupun yang sedia ada
mengambil masa beberapa hari hingga seminggu

Kawalan:
Pad kekunci

Keupayaan:
••••

Harga:
••••

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya dan memohon perundingan percuma, hubungilah wakil ThyssenKrupp Access di tempat anda.