Soalan Lazim Tentang Produk

Apa itu lif tangga ‘Stair Lift’ dan bagaimanakah ianya berfungsi?

Lif tangga ‘Stair Lift’ ialah kerusi bermotor di atas landasan yang dipasang pada tangga rumah anda dengan menggunakan beberapa skru yang tegap. Dengan sebuah lif ThyssenKrupp Access, anda tidak perlu mengubahsuaikan struktur rumah anda dan lif akan melungsur menaiki tangga tanpa merosakkan dinding. Hanya dengan menekan satu butang sahaja, anda akan dibawa perlahan-lahan ke atas secara selamat. Apabila tidak digunakan, lif ini boleh dilipat rapat ke dinding. ThyssenKrupp Access mengutamakan keselesaan dan keselamatan anda. Itulah sebabnya kerusi pada semua jenis lif tangga kami boleh dipusing membelakangi anak tangga, supaya anda boleh turun naik dengan selamat dan selesa. Lif-lif kami direka bentuk untuk memastikan perjalanan yang lancar dan selesa, memberi anda keyakinan agar anda dapat terus menjalani gaya hidup anda seperti biasa dan menikmati kehidupan di seluruh rumah anda.

Berapa luaskah ruang yang digunakan?

Sewaktu tidak digunakan, tempat duduk dan tempat letak kaki boleh dilipat, dengan itu melapangkan ruang di atas tangga untuk kegunaan orang lain. Lif tangga biasanya mengambil ruang seluas lebih kurang 0.3556 meter sahaja apabila dilipat. Sewaktu digunakan, lif tangga biasanya mengambil ruang seluas lebih kurang 0.635 meter apabila dibuka.

Adakah lif tangga sesuai untuk pengguna kerusi roda?

Kemudahan lif juga berguna untuk seseorang yang terbatas pergerakannya. Antara ciri kemudahan yang terdapat pada sesetengah model ialah lepar tangan berlipat yang boleh ditolak naik agar tidak menjadi halangan, ketinggian tempat duduk yang boleh diubah-ubah, dan tempat duduk berlapik yang lembut.

Bagaimanakah rupanya di dalam rumah saya?

ThyssenKrupp Access menawarkan berbagai-bagai pilihan warna dan jenis fabrik. Oleh itu, anda pasti akan memperolehi satu corak yang serasi dengan perhiasan di rumah anda. Pilihan fabrik pembalut tempat duduknya merangkumi vinil dan juga fabrik-fabrik mewah yang mudah dijaga. Bagi model-model yang tertentu, anda boleh menghantar fabrik sendiri untuk mendapatkan rupa yang benar-benar padan dan serasi dengan perhiasan anda sekarang.

Apa pula ciri-ciri keselamatan yang ada?

Lif tangga ThyssenKrupp Access direka dengan beberapa ciri keselamatan demi ketenteraman hati anda. Sistem keselamatan pelbagai penjuru kami merangkumi alat-alat pengesan yang menghentikan lif jika ada sesuatu menghalang laluannya, tali pinggang keledar sebagai keselamatan tambahan dan brek yang akan menghentikan lif sekiranya berlaku kegagalan sistem pemacu. Tempat duduk yang boleh berpusing memastikan perubahan kedudukan daripada duduk kepada berdiri dengan mudah dan selamat. Selain itu, kerusi pusing ini terkunci apabila dipusing membelakangi anjung tangga dan memastikan bahawa kerusi hanya akan berpusing semasa berada di anjung tangga dan bukannya semasa dalam perjalanan. Dengan mekanisme yang menghalang unit melepasi landasannya, ternyatalah komitmen kami terhadap kualiti yang memastikan bahawa anda tidak akan menghadapi sebarang halangan untuk menikmati perjalanan yang lancar. Malah, alat kawalannya pun direka dengan mengambil kira keselesaan anda. Kawalan melalui tekanan yang berterusan memastikan bahawa lif akan berhenti jika anda melepaskan jari daripada butang kawalan.

Adakah lif tangga mudah dijaga?

Ya! Lif-lif tangga ThyssenKrupp Access mudah diselenggarakan dan direka supaya tahan bertahun-tahun. Bahkan, kami berikan setiap satunya jaminan yang terbaik dalam industri ini, iaitu waranti selama lima tahun bagi rentetan pemacunya dan waranti selama dua tahun bagi bahagian ganti. Itu bertahun-tahun melebihi purata tempoh waranti dalam industri ini! Inilah bukti komitmen kami terhadap kualiti dan ketenangan jiwa anda. Kami mengesyorkan agar anda memohon pemeriksaan penyelenggaraan pencegahan setiap enam bulan oleh wakil penjual tempatan.