Lif Tangga

Pemasangan Lif Tangga

ThyssenKrupp Access tidak bukan hanya mereka bentuk dan membina produk. Warga ThyssenKrupp merangkumi kakitangan dalam bidang reka bentuk sehinggalah , pengilangan , jualan ke pemasaran, perkhidmatan ke pemasangan. Tetapi biarpun apa yang dilakukan, mereka masing-masing membentuk jenama ThyssenKrupp Access dan mendukung komitmen global kami untuk memberikan kualiti yang tiada bandingannya dan memuaskan hati pelanggan.

Oleh itu, apabila anda membeli produk ThyssenKrupp Access, yakinlah bahawa orang yang anda benarkan memasuki rumah anda itu ialah pakar bantuan pergerakan yang akan melayan anda, keluarga anda dan rumah anda dengan hormat dan berhemah.

Apa Yang Akan Dilakukan

  1. Pakar profesional yang diiktiraf oleh ThyssenKrupp Access akan meninjau rumah anda, bercakap dengan anda mengenai keperluan anda secara khususnya, dan menentukan lokasi yang terbaik bagi peralatan yang akan dipasang.
  2. Perhiasan dan perabot yang ada di sekeliling lokasi itu akan diambil kira dan seboleh-bolehnya dilindungi.
  3. Alat bantuan pergerakan anda akan dipasang dengan cepat dan profesional oleh juruteknik terlatih ThyssenKrupp dengan gangguan yang minima.
  4. Kelengkapan akan diuji dan demonstrasi cara menggunakan produk tersebut akan ditunjukkan supaya anda memahami dengan jelasnya semua cirinya dan cara kendaliannya.
  5. Kawasan yang tercemar oleh pemasangan tersebut akan dibersihkan, sampah sarap dan bahan-bahan pembungkusannya akan dibuang, dan rumah akan dikembalikan kepada anda dalam keadaan yang baik.

Jika anda ingin bertanya mengenai pemasangan di rumah anda, sila hubungi wakil ThyssenKrupp Access di tempat anda, ataupun anda boleh membaca halaman Soalan Lazim kami.

Media Lif Tangga

Galeri Imej Lif Tangga