Lif Pelantar

ThyssenKrupp Access Gulliver Wheelchair Lift

Gulliver

Gulliver ialah lif pelantar menegak berkuasa hidraulik yang sesuai untuk pelbagai jenis rumah dan bangunan awam untuk kegunaan di dalam dan di luar bangunan. Lif pelantar yang serba boleh ini yang menawarkan 71 saiz pelantar biasa dan boleh naik setinggi 15 meter. Lif ini boleh dimasuki dari tiga sisi, mempunyai reka bentuk yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan menawarkan beberapa pilihan warna dan model pintu.

Lubangnya yang tertutup membuatkan pengguna berasa selamat, seperti juga kelancaran pemacu hidrauliknya. Gulliver biasanya dipasang di dalam ruang tangga. Gulliver juga banyak menawarkan kebaikan untuk kegunaan di luar: modul pemacu tidak perlu berada berhampiran dengan sistem ini, tetapi boleh dipasang di dalam bangunan, dengan itu banyak mengurangkan kos pengendaliannya. Pemasangan Gulliver yang menjimatkan ruang ini sesuai untuk binaan-binaan yang baru mahupun yang sedia ada. Selain itu, sistem bermodulnya menyingkatkan tempoh pemasangan.

Brosur Lif Pelantar

Ciri-cirinya

  • Teknologi yang ringkas
  • Cekap menggunakan ruang
  • Cekap menggunakan tenaga
  • Berbagai-bagai saiz dan kemasan
  • Banyak pilihan pengubahsuaian

Spesifikasinya
Motor: 230 V satu fasa, 50 Hz
Bekalan kuasa: 230 ± 10% satu fasa, 50 Hz
Sehingga lima tempat hentian (atas pilihan masing-masing)

Media Lif Pelantar

Galeri Imej Lif Pelantar