Lif Pelantar

Pemasangan Lif

ThyssenKrupp Access tidak hanya mereka bentuk dan membina produk. Warga ThyssenKrupp merangkumi kakitangan dalam bidang reka bentuk sehinggalah perkilangan, jualan sehinggalah pemasaran, perkhidmatan sehinggalah pemasangan. Tetapi biarpun apa yang dilakukan, mereka masing-masing membentuk jenama ThyssenKrupp Access dan mendukung komitmen global kami untuk memberikan kualiti yang tiada bandingannya dan memuaskan hati pelanggan.

Oleh itu, apabila anda membeli produk ThyssenKrupp Access, yakinlah bahawa orang yang anda benarkan memasuki rumah anda itu ialah pakar bantuan pergerakan yang akan melayan anda, keluarga anda dan rumah anda dengan hormat dan berhemah.

Apa Yang Akan Dilakukan

  1. Pakar profesional yang diiktiraf oleh ThyssenKrupp Access akan meninjau rumah anda, bercakap dengan anda mengenai keperluan anda secara khususnya, dan menentukan lokasi yang terbaik bagi peralatan yang akan dipasang.
  2. Perhiasan dan perabot yang ada di sekeliling lokasi itu akan diambil kira dan seboleh-bolehnya dilindungi.
  3. Alat bantuan pergerakan anda akan dipasang dengan cepat dan profesional oleh juruteknik yang dilatih oleh ThyssenKrupp, dan dengan gangguan yang sekecil-kecilnya terhadap kehidupan anda.
  4. Kelengkapan akan diuji dan demonstrasi cara menggunakan produk tersebut akan diberikan supaya anda memahami dengan jelasnya semua cirinya dan kendaliannya.
  5. Kawasan yang tercemar oleh pemasangan tersebut akan dibersihkan, sampah sarap dan bahan-bahan pembungkusannya akan dibuang, dan rumah anda dikembalikan kepada anda dalam keadaan yang baik.

Jika anda ingin bertanya mengenai pemasangan di rumah anda, sila hubungi penjual ThyssenKrupp Access di tempat anda, ataupun anda boleh membaca halaman Soalan Lazim kami.

Media Lif Pelantar

Galeri Imej Lif Pelantar